8/12/10

vacation!

assalamualaikum...

1. yehhaaa!! exam dah nak habis. walaupun aku bukan tergolong dalam kategori ulat buku masa exam, tapi aku tergolong dalam kategori kecut perut depan pintu dewan exam sebab kekurangan membaca.

2. aku nak pergi vacation. yay yay! vacation tu tak lah sangat sebab duit bukan nak ada sangat. tapi hajat di hati nak bercuti besar. hehe.

3. aku akan ke kuala lumpur.. kata orang perak. KELUMPOR. aku pun tak tau kenapa aku yang semak masa exam nak pilih tempat yang maha semak masa lepas exam. konon nak tenang fikiran. tenang ke??

4. tapi aku nak pergi banyak tempat yang aku tak pernah pergi. asyik dengar orang bercerita. nak jugak aku tengok apa yang best sangat. contohnya, mid valley.

5. aku memang tak pernah jejak kaki kat mid valley. but who cares? sebab aku purely ipoh citizen. so, aku hanya pergi apa yang ada kat ipoh je lah ye tak? selalu sangat aku dengar orang megah-megahkan mid valley dulu. dulu la. sebelum naiknya PAVILION.

6. tapi aku pergi pavilion tak ada apa-apa yang menarik pun. bosan ada. dan aku dah janji dengan bebi nak naik roller coaster kat timesquare. 1st time aku pergi dulu masa form 3. kawan-kawan terhoyong-hayang naik menatang tu, aku duduk tepi je sebab tahap keberanian tak berapa nak tinggi. hehe. sampai bergaduh lah dengan kawan baik aku sebab dia teruja sengat nak naik roller coaster dengan aku.

7. tempat kedua yang aku nak pergi, I-CITY shah alam. aku dengar orang zaman sekarang ni kalau tak pergi i-city tu tak moden. meh aku nak modenkan diri. apa nikmat tengok lampu bentuk binatang-binatang? nanti boleh la aku bangga kat orang kampung. hehe.

8. dan aku akan merayau-rayau lah di KL tu sampai muak dan sampai aku rasa,ok.. this is the last time i choose KL for vacation. i will never and ever come again to kuala lumpur. macam jakun sangat je statement aku kan? tapi sebagai seorang yang berumur 21 tahun, aku memang baru nak merasa keseronokan berjalan sendiri tanpa kongkongan family.

9. tapi berjaan dengan family tetap ada kehebatan yang tersendiri. contohnya, ayah.. nak try makan...... tak sempat habis cakap dah ayah laju menuju ke tempat makan tersebut. dan, satu hari nanti aku akan bekerja dan tak mungkin ada masa lagi nak berjalan dengan ayah,umi dan adik-adik. jadi,masa tengah belajar ni aku nak banyakkan lagi pergi mana-mana dengan family.

10. tapi sebab aku baru lepas exam, aku nak lah rasa berjalan sendiri tanpa ada tangan lain yang menhulurkan duit. baru aku kenal kot apa erti penat cari duit dan macam mana perit nak habiskan duti tu. hehe. selama ni tau paw je. sekarang, kau rasa olyn.

11. bebi. hope kali ni orang dah tak ngantuk awal-awal. and, semoga kita dapat satu vacation yang best dan terpaling best yang pernah kita ada. dan lepas ni... BANDUNG,here we come kan bebi? ILY...

-rapuan jam 2.13am.

5/12/10

exam macam mana sayang?

assalamualaikum...

1. kalau soalan entri kali ni untuk aku, the answer is macam harrrrr!!! okay la. my bad. aku ada 19 bab untuk dibaca tapi aku tak baca dan memang sengaja tak membaca. you deserve it olyn.

2. tapi kalau soalan ini ditanya kepada bebi. kata dia okay je. hakhak.. maybe la sebab dia baca jugak satu dua bab. satu dua bab dari sembilan belas yang ada. banyak gila!

3. harini aku exam paper principle of management atau di melayukan pengantar pengurusan. how was the paper sayang? paper tadi hancur!

4. tapi yang aku heran sangat, kenapa ada yang buat paper tu sampai 2 jam setengah? aku puas la letak gam kat ponggong aku so that aku tak keluar awal. tapi, aku dah siap. tak reti pulak nak melangut lama-lama.

5.next paper, statistik untuk sains sosial. nama paper pun dah pelik so tak pelik bila aku repeat paper ni. hehe.. good luck to me. good luck to you my baby. no repeating. yeh!

-rapuan jam 11.54pm

4/12/10

nickname sengal

assalamualaikum...

1. ahaha.. aku dapat idea pasal entri kali ni melalui roomate aku. dan dia jugak lah soulmate aku yang paling BEST!!

2. aku ada final exam esok. paper management. well, paper tu memang banyak yang perlu dibaca.. but the good news is the paper will be answered in ABCD.. objektif lah. so, goyang kaki la. tak tau jawapan pun still boleh tanda mana-mana antara empat kan? =)

3. aku suka online FB bukan sebab nak check FB account aku sangat pun.. tapi suka tengok status sengal FBookers yang lain. dan harini aku dan roomate aku bercerita pasal nickname yang ada kat FB. bukan semua orang pakai nama sebenar pun..

4. this is some of it yang aku terpandang.

- BOBOT CHOMEL (tapi x comel pun)
- KIDDY MUNXCIT ( munxcit? haha..no komen )
- IS CAYUNK AZIE (ok!orang lain pun bercinta.)
- DE BUDQK JQQT (salute kalau siapa dapat bunyikan ejaan ni.)
- MAKWE KATAK EJAW (tuhan dah jadikan elok manusia nak jadi katak?)
-SHIRLEYSOWTGYLABOWRING LITTLEMONSTERLADYGAGA BADATITTUDE FASHIONISSTAFAME (dicadangkan supaya baca dalam satu nafas.good luck!)
5. aku tak tau la kenapa ada nickname yang macam ni. aku nak baca pun malu kot. yang panjang melebih-lebih. yang bajet rain! haha.. rain ke? yang tak lah comel kot, nickname mengaku comel.
6. mak ayah penat cari nama 9 bulan. kadang-kadang 9 bulan pun tak dapat2 lagi nama. nak bagi yang sedap gila nama kat anak-anak. anak-anak tak nak mengaku nama sendiri. nak nama JEPUN je. KOREA je.
7. bagi aku fine lah kalau taknak letak nama sendiri yang fullname. sebab privasi atau keselamatan. tapi jangan la sampai nak letak nama katak ke, beruang ke, cipan ke. nak baca pun malu kot.
8. tapi itu hak individu la kan. dah rasa nickname yang diorang letak tu dah best, dah habes perfect.. nak buat macam mana ye tak? tapi ini opinion aku sendiri. aku rasa nickname2 yang macam tu sengal. ini versi aku sendiri. so, bagi aku pakai je la nama sendiri atau pun sipi-sipi.
p:s- sebab tu aku tak suka FESBUK sangat. sebab manusia dalam fesbuk kadang-kadang macam agak hilang tahap kenormalan. gaduh la, bajet hot la. yang sebenarnya? yaww. =p
- rapuan jam 10.47 pm

25/11/10

komen filem : LET ME IN

assalamualaikum...

1. firstly. pergh! 2 jam stengah je lg kot aku bakal dok dlm dewan utk final exam aku sem 3 ni. n now..here i am! menules merapu hala. buku letak tepi. laptop depan muka. syabas!

2. ok.. terus kepada topik aku. aku nak komen pasal filem yg aku baru tengok selasa lepas. aku tak banyak masa nak menulis. sebab nak study sikit lagi.

3. cerita let me in maybe tak semua orang boleh tengok terutama sekali yang minat jalan cerita yang cepat,pantas dan tepat. cerita ni boleh aku kategorikan filem lambat & lembab superb!

4. filem ni aku yang cadangkan kat member2 aku suruh tengok. sebab aku nak tengok skyline tapi showtime dia dah lepas. aku datang lewat sikit. so, ni je lah cerita yang tinggal. then, aku tertarik dengan duration dia yang nak dekat 2 jam. aku suka cerita yang duration dia lama. sebab bagi aku cerita gitu best!

5. tapi bila filem ni mula.. aku dah rasa nyesal sambil sorokkan muka belakang kotak popcorn. bukan sebab seram beb. sebab takot kena maki ngan member2 yang aku angkot tengok skali. jalan cerita dia punyalah lembab.

6. dah lah lembab, motif pulak susah nak faham. memang filem stok hempuk kepala ke arah kerusi depan la. aku cam.. matila aku. bosannya cerita ni. bebi kat sebelah aku dah bising2 sebab bosan n nak ajak keluar. tapi nasib baik member2 aku nak tunggu ending dia dulu. selamat....

7. lama-lama cerita ni jadi makin intresting n ada part2 nya aku rasa cam sweet. yang jadi pelakon utama budak2 je. cerita cinta monyet budak2 la. tapi agak sweet some of the part. kisah cinta terhalang gitu sebab awek nya seekor vampire.

8. halfway cerita ni baru la aku faham kenapa dan mengapa.. baru la aku faham hujung pangkal ceritanya. tapi yang tak bestnya ada bab2 yang aku rasa tergantung. contoh, apa jadi dengan parents budak laki tu.. apa jadi dengan penyiasatan vampire tu. tak lengkap sangat la.

9. but overall, filem ni ok lah. tak lah sampai tahap keluar panggung cam cerita flood, jalang, 4 madu. filem yang agak sayu kat ending dia tapi ada sikit2 rasa tak puas sebab jalan cerita yang sikit tergantung.

10. aku rate filem ni : 3 BINTANG.

p/s - aku tak reti nak tulis sinopsis. aku just bagi pandangan je pasal filem ni. =)

rapuan jam 12.43pm..

10/11/10

BANJIR: RUPA SEBENAR MANUSIA

assalamualaikum..

1. minggu lps 1 malaya gegar sbb KEDAH banjir teruk. bertahun lamenye aku asyik tgk negeri org banjir, sudahnye tahun ni negeri tempat aku blaja banjir.. dugaan woii.

2. kalo aku x de kat tmpt kejadian sampai skang la aku rasa banjir ni bkn benda berat. berat la kalo air tenggelam sampai kpala. tapi had lutot je, aku igt x de mende..

3. tahun ni banjir plg teruk kat kedah lepas thn 2005 dulu. aku pon x igt kedah penah banjir teruk tahun 2005. air had lutot pon smua keje tegendala kot. temasuk la aku nak balik x buleh.

4. critenye.. aku patot balik ipoh 5hb nov 2010 pukul 3 ptg. aku dah beli tiket sintok-butterworth malam sbelum tuh. da kompem dah ni. so, aku kemas2 la brg. dlm hujan aku hantar buku aku pinjam kat library sbb nak balik ptg tuh.

5. dengan smangat wajanye aku ngan bebi tgu bas tersobut kul 2.45 gitu. then x semena-mena bebi dpt msj kate bus lmbt sejam. ok. fine. aku tunggu lg pnuh sabo. x sampai 10 mnt pastuh, ada pulak call kate bus cancel sbb stuck kat banjir. hati bebi da luluh da sbb die da janji nak gi wedding membe die.

6. so, kiteorg smua bncg la nak grk camne. ok, dpt idea. gi kuala perlis amik bus gi shahab perdana. nak gi naik ape? TEKSI. 1 kreta 60 ringgit. jarak dr sintok ke kuala perlis aku x dpt agak tp lebih kurang 35 minit jgk la nak sampai.

7. lps call teksi tuh, aku tekejut sbb ada 2 org dah dlm teksi tuh sbb kiteorg ber3. yg sorg tuh plak punya la beso bdn. nak balik punya pasal aku himpit jugak. kematu juboq weh brimpit gitu. sampai kat k-perlis kiteorg tingtong la sorg 12 rgt. supposely!! TAPI.....

8. pakcik tu kata sorang 20 rgt padahal die dah kata 1 teksi 60 rgt. otw nak gi k.perlis pon aku dok dgr die on fon lg kata 1 teksi 60 rgt. inilah RUPA SEBENAR MANUSIA. TAMAK!!

9. aku ni student. duit mmg x brapa nak ada ngan PTPTN dpt half loan lg. pakcik tuh pulak janjinya lain. da la nak tanggung azab berimpit lg. sampai k.perlis ley pulak suka die je tuka2 harga. org dah susah, pakcik ni susahkan lg.

10. settle ngan pakcik tu, aku cari bus gi shahab perdana. harga tiket 15 rgt. sepatutnya lbh kurang 8-10 rgt SAHAJA. inila RUPA SEBENAR MANUSIA. sebok mencanang cari sukarelawan nak rgn kan beban mangsa banjir. aku ni mangsa banjir la jgk. kena NYAK jugak.

11. naseb baik bila sampai shahab bus nak balik ipoh harga tiket naik sikit je. sepatutnya 21 rgt naik 4 rgt lg. dan.. yang bestnye mase kiteorg nak klua dr sintok kiteorg slisih ngan bus yg spatutnya ambik kiteorg pukul 3 tuh. yg KONONNYA stuck kat banjir. ok la if x nak hntr kiteorg sbb takot stuck lg, tp at least org call angkat la. bukannya OFF kan PHONE.

12. kite dok dgr sana sini org nak tolong mangsa banjir. tapi ikhlas ke x.. allahualam. antara korg ngan tuhan la. nak nama ke. x tau la. sbb sampai skrg aku bebulu ngan pakcik teksi tu. nak doakan keburukan kat die mmg tuhan x terima. tp hope die sedar la die menipu org susah cam kiteorg.

13. cost aku balik ipoh dr sintok selalunya 25 rgt. tapi sbb cuti mengejut harituh cost aku :

tiket x jadi balik = RM 25.00
teksi penipu besar = RM 20.00
bas k.perlis-shahab = RM 15.00
bas a.star- ipoh = RM 25.00
TOTAL = RM 85.00

p/s : skurang2nya kerugian aku x sama byk ngan budak2 sabah srawak yg kena byr denda postpone tiket flight. =)

RAPUAN JAM 1.01AM.

3/11/10

drama melayu

assalamualaikum..

1. aku baru je lepas layan cite cerekarama melayu tajuk CINDERELLA BLUES. drama ni main kat tv3 masa aku balik cuti harituh. tapi aku x tgk habes. so mlm ni sbb ada mase teluang sket aku bantai la tgk kat u tube.

2. overall cite ni ok-ok la.. standard drama tempatan. story line yg pendek & lompat sana sini.

3. cite ni hidop sbb lawak2 yg ade. ngan ebi yus n jalil hamid cakap pelat nogori eh.. mmg lawak. didie alias pon buleh tahan ala-ala mak tiri cinderella gitu.

4. tapi nye cite ni cam da bese sgt story nye. kawen paksa, kawen ngan org kaya.. pastu kawen,kawen,kawen..suka. yg penting, slh sorang mesti kena kaya. x kaya, xde cite la.

5. yg x best nye bile bab kawen paksa tapi pompuan tu mula2 mesti kena buruk. x buruk, tomboy. pesal ek? typical la. buat la pompuan tu mmg havoc, mmg lawa ke.. sian org2 yg x brapa nak lawa. cam x de hak nak disayangi je.

6. pastu dlm cite ni kononnye si didie alias nih gile harta sampai nak kawen kan anak die ngan cucu angkat org kaya. alih-alih die jd baik tetibe, pastu jatuh sakit dah nak last2 cite pastu die sehat n ending cite die tgkp gambar famili ramai-ramai. apakah???

7. tp camne pon.. aku rase drama ni ok la utk hiburan santai hujung minggu. boleh la layan.. nak gelak2 sikit ngan lawak2 dlm drama ni. mgkn ade benda2 yg cite mlayu patot tuka sket sbb dah basi sgt dah.. pnonton nak kelainan. even cite yg terlampau sedih ngan rumah yg xberlampu atau lampu malap-malap pon org dah muak nak tgk.

8. all the best to our local industry of film! =)



RAPUAN JAM 3.36AM.

minggu otak beku

assalamualaikum..

1. minggu ni adalah minggu study week kat tempat belajaw aku ni hah.. aduhaii. berkobar la smangat aku x nak balik rumah study week sbb nak STUDY konon kat sini..

2. selama beberapa hari ni..aku kata nak study ni.. aku bgn PAGI pukul 1ptg. eh, keliru kan bgn pagi tapi petang. ntah ape2 ntah.

3. apa aku buat mlm hari? YEAHHH.. cemerlang la exam aku. terbaik! mlm2 aku menahan mata. buat ulasan pasal filem2 yg ada atas donia ni..

4. stakat ni trilogi resident evil dah settle. love happen dah settle. shutter island pon settle. tapi susah jugak hati aku ni kan.. trilogi TAXI x settle lg walaupon 1. haisshhh..

5. bangga dan berbunga hati mak ayah aku kalo tau betapa anak dorang rajin kat sini. menelaah mana-mana babak yg kureng dlm satu1 filem. tahniah olyn. u are the best!

6. adat lah. nak exam je.. mata jahat. bukak buku je ngantok. perot jahat jugak. bukak buku je lapo. telinga jahat jugak. bukak buku je dgr org nyembang macam2. x join skaki rasa bebal plak.

7. tapi pape pon, aku hope aku leh settlekan semua bab2 yg masok sbelom paper tuh tiba. bukan ape.. kat slip exam dah ada no. meja.. sah2 x leh kawtim dah ngan member2 nak ngenyit jawapan.

8. ALL THE BEST KAWAN-KAWAN. ALL THE BEST BABY.




RAPUAN JAM 10.12PM

kembali menulis

assalamualaikum..

1. yawww.. lame dan dah berkepuk blog aku. sbb aku tau x de org baca. nak tules buat ape?

2. tapi menulis bukan untk dibaca. kepuasan pada diri sendiri je. mcm kate DR.K.NADARAJA..
when i run for competition, i dont care whether i win or not. its not about winning. but i am hepy when im running. CAYALAH abg K!

3. I Am HAPPY WHEN I'M WRITTING.

4. kali ni ntah la untuk lame mane plak aku nak tules. bile ada byk idea, aku mmg nak tules tapi MALAS nak bukak laptop dan MALAS nak menaipp. sound like shit. kan?

5. but when i have this opportunity to write, i will wrrriiiittttteeee no matter what. aku olyn. aku kan aneh. =)

rapuan jam 9.54pm.

6/9/10

i am still in love with u babe

assalamualaikum..

1. mood aku harini. wow. sgt fantastic atas sebab2 tertentu. aku dapat apa aku nak. mimpi jd realiti.

2. but mood tuh tetiba je bruba. cam ada yg x kena ngan dia pulak mlm ni. urmm. maybe sebab sum1 ada post sumthing kat fb wall aku.

3. aku x komen sumthing yg aku patut komen. maybe aku amek tlalu mudah pasal satu2 benda. sbb aku amek berat kat hal yg lainnye. aku kan aneh.

4. tp x makna aku x komen or notice tntg sumthing means aku x care. fb sgt bodo. kdg2 shout out da 2 hari kot baru nak klua kat home. skang plak minat aku kat fb da kureng.

5. sbb fb tmpt smua nak lagak poyo. nak bgtau org pakai beg gucci, ada camera dslr, kasut beli luar negara, bwk myvi baru kaler oren.. aloh.nyampah giler aku baca status yg bg dosa aku tmbh gitu.

6. so, bile aku bukak fb aku jes tgk apa yg penting n trus log out. kdg2 aku terlepas pndg sumthing yg sgt pntg. so,my bad.

7. tapi..x makna aku x kesah okay! fb slalu jadi tmpt nak bg gado, nak bg moody. anyway, networking mmg suck!

8. tapi cayelah. i am still in love with u. sket rasa nak jauh hati pon x de. jes sbb saye x notice sumthing yg diluar pengetahuan saye.. doesnt mean awak x penting lg okay.

9. saye ada fb just sbb awak ada fb jugak. so, anything yg saye x prasan dlm fb tlg jgn amek hati okay. saye x prasan. siyes x prasan. ikot kan hati x nak dah pun fb2 bagai ni.

10. awak selalu jadi org yg saye sgt gilekan dlm hidop saye. u made my day everyday okay baby. silalah faham. jgn amek hati ngan ketidakprihatinan saye okay.

11. saye mintak maaf. =( but i always have my own way of things. saye x suke treat awak mcm org2 lain treat lover dorg sbb awak special. awak lain. awak x sama mcm mereka ye. so, u deserve sumthing yg x mcm org lain. walaupon kdg2 nmpk mcm awak dpt kurg dr org lain..

12. ILYSM. babe. u are the only one. =)

- u are not her orchid. but mine okay baby. =)


rapuan jam 12.30 am

4/9/10

salam merdeka malaysia

assalamualaikum...

1. sorry sbb sgt lmbt aku update blog pasal hari merdeka. well. malaysian,kita sume dah merdeka selama 53 tahun. x lah baru tp x lah jugak lama kalau nak banding ngan amerika punya merdeka.

2. apa ade hari merdeka? yg aku tau.. dr kecik aku bgn pagi mak aku buat sarapan.. then kiteorg 1 famili mlangut dpn tv smbl amek breakfast. then.. aku suke gile tgk perbarisan ngan kete bhias bagai.

3. aku x penah gi dataran ke,pdg ke nak tgk sume nih. lyn di ruma sude.. sbb aku rasa patriotik tuh letak kat hati. x semestinya yg gi tgk perbarisan pg 31 ogos tuh cinta kat malaysia more than i do kan.. lgpon aku x suke sesak dan panas!

4. so.. selama yg aku idop nih.. aku usha cara org kite smbt merdeka. mcm2 cara nak tunjuk msg2 tuh patriotik. ada yg hias kete gile2, ada yg mlm merdeka buat race, ada yg tgk konsert terkinja-kinja sampai tingtong. mcm2 ragam. utk menunjukkan siapa lebih jiwa merdeka.

5. apa yg ada mlm merdeka? mlm countdown tuh? bese lah. bunga api, nyanyi2 sket, ucapan org2 besar. tp tu kat 1 sudut.. sudut tmpt terbuka,tmpt awam.. kat 1 sudut lg? sudut gelap club2? aku x tau la ape ade sane.. tp aku tgk ada gamba2 yg diupload kat fb, so aku leh agak kot..

6. aku ada gak terbaca 1 blog nih.. die x puas hati sbb mlm merdeka harituh x de bunga api kat dataran merdeka. kecewa beno gayanye.. kate die.. malaysia ade mcm2 kaum. x kan sbb bulan puasa x leh nak ada bunga api.. leeerrrrr..

7. aku pelik gile kejap. nape? kalo xde bunga api.. x merdeka? hilang smangat patriotik? rasa syg kat ngara tuh letak kat hati ke kat bunga api? aku paham mksd die.. bile ade bunga api tuh..baru la rasa meriah nye. baru la hidop mlm bersejarah tuh..

8. beb. mlm merdeka tuh ttp mlm merdeka. x kira la ada cahaya trg mcm alien nak trn ke x kat langit. merdeka kite da rasa 53 thn.. jaga la.. tuh yg penting. kan bagos kite bersyukur ngan kemerdekaan kite dah ade ni.. dah le merdeka..aman lg tuh..

9. kalo ade bunga api.. remaja2 pon balik lmbt. nak tgu bunga api abes cucuh. byk gejala sosial leh jalan. sbb dah tgh malam ngan kawasan yg maha sesak tuh. kalo ngan ada bunga api atau cahaya baru nak rasa patriotik n muhibah tuh ada.. balik rumah main je bunga api 20sen tuh.

10. dr nak ngesahkan hal bunga api yg x nyala.. better kite sume kesahkan ape yg jadi mlm merdeka. cara sambutan budak2 nih. trutama skali mlayu. masok berita ada yg henjut2 moto, buat willy, suka suki buat jln mcm xde praturan, bukak baju, terkinja2, bershuffle mcm org hilang akai.. ni ke cara nak mensyukuri nikmat negara merdeka?

11. errr.. aku x la skema rama sgt. aku pon penah gak klua tgk bunga api masa mlm merdeka. tp aku gi tgk then balik.. aku x kata sume yg ada mlm tuh sume x elok.. ada gak yg mcm aku. nak usha lawonye bunga api tuh je.. tp yg sebahagian lainnye? tuh yg mencacatkan mlm merdeka..

12. ape yg leh aku kate.. terpulang pd kite cane nak hayati merdeka ni. tp kalo sampai bukak2 baju n sampai kena halau ngan polis.. ape cer?? sendiri fikirlah. susah negara nak merdeka. byk nyawa polis,askar terkorban. kite dah dpt merdeka.. x hargai. kite sesama kite nak gadoh, agungkan plak cara org2 barat nyambut pape perayaan.. aku doakan negara kite aman sampai bila2. AMIN....
RAPUAN JAM 12.05AM

27/8/10

apa kata hati

assalamualaikum...

1. poyonye title entri kali ni. agak lame x menules. hari2 pikir ape nak tules. x de idea. kdg2 x sempat pikir pon sbb agak bz ngan keje2 last minit. yay!

2. harini aku gi rumah tok. lokasi? in the middle of nowhere. =)
pasni aku x pegi dah sampai lepas RAYA. ya. RAYA! it should be fun repeating this word. RAYA!
tapi aku rasa biase2 je.

3. selain aku x sabo nak jumpa parents, adik2 & kucen2 yg saket2 belaka tuh.. x de ape yg best psl raya. maybe sbb aku pon da besaq. da cukop umor tuk rasa hepy lebih2 bila nak raya..hihi.

4. tapi sgt2 lah aku rindukan suasana raya masa kecik2. lari2 luar rumah nenek mlm raya. sedara ramai gile mcm ada kenduri meminang. ada yg bakar lemang, buat rendang, dodol.. cara aku tules cam dlm drama2 tv mlayu je yek. tp tu lah hakikat hari raya kat melaka, kampong ayah aku. =)

5. tp.. skang da byk yg berubah. da 2 thn rumah nenek kosong masa raya. since arwah atok da meninggal.. rumah cam sunyi sepi. nenek plak da nyanyok. beliau pon lupa da beliau ade ruma yg sgt canthek kat melaka. yela.. nenek da jd org KELUMPO.

6. n semakin aku besa.. usia pon makin meningkat tinggi.. aku tgk smua brubah. kata hati aku..
aku x nak pape pon brubah. bia la smua remain the same.. bile igt ayah akan tua, umi pon tua, adik2 akan besa n ada life sendiri.. its killing me inside..

7. n harini skali lg aku rase sebak x semena-mena bila aku tanye tok.. sape balik raya thn ni. jawapan slumber tok aku.. " x tau la. sapa nak balik..balik la.." tok aku da biase bile raya x de anak2 kat ruma.. pagi raya, ada la anak laki dia dtg bwk kuih2 then bwk tok gi semayang raya. pas smyg raya.. anak laki die pon balik ruma die balik.

8. tok ngan wan aku.. dok la bdua je kat ruma tunggu org dtg.. kdg2 pak long aku amek tok ngan wan gi beraya kat area ruma dia. tp feeling anak2 balik beraya, cucu2 meriah kan ruma masa raya ngan anak2 amek gi beraya ruma org sgt2 bebeza!!

9. deep inside aku rasa aku phm ape yg tok rase.. SUNYI gile babas. raya ke x.. x de beza. tok bagi aku siap2 duet raya. RM 50. seminggu lpas tok bg RM 50 lg. maknanya dlm seminggu lbh ni da RM 100 tok bg aku duet. ngan harapan.. aku x kan lupakan tok. sbb aku tengiang-ngiang tok ckp kat aku td. "hang da balek skali-skala buleh tok tengok muka pon x pa dah."

10. SAYU siol. maybe aku je la cucu die pon yg die byk menyumbang.. byk tlg2 die ngemas ruma.. aku rase la gitu sbb cucu2 lain ramai laki. ada yg pompuan pon jrg2 balik sbb da ada family sendiri.. sbb tuh. mana tok nak pegi kalo aku mampu nak bwk.. aku bwk. walaupon tok nak melawat 'org saket' yg sihat.. aku bwk jugak.

11. kdg2 aku ngomek gak dlm hati. yela.. tido aku kdg2 tok kejot ajak gi sana sini.. baru jejak kaki dlm ruma tok da ajak gi uma sdara.. bukak pose bagai.. aii.penat. tapi.. kalo aku x bawak..sape lagi? dan.. bile lg die nak mkn ramai2 ngan anak cucu die..

12. hurm.. citenye psl raya je. mlalot dowh. aku berdoa raya tahun ni.. semua org hapy. semua org leh beraya ngan best sbb pose penuh. hehe.. x de yg kesunyian, kesurupan masa raya.. beraya lah anda-anda sbb raya setahun skali je. nak temenung2 raya kali ni.. nak tgu raya skali lg setahun lg weh..

13. dan baik lah aku bemaaf-maafan ngan semua org raya ni slain dr bsyukor sbb aku ley beraya lg. mana la tau raya thn depan aku da x de.. mana la tau.. kot dapat gi obersi ke. hee. yg pasti aku akn beraya ngan bersungguh-sungguh n maapkan slh silap smua org ngan aku.

- x nak jadi cam raya tahun lepas. malam raya kedua terburuk aku lepas tahun 2000. =(

rapuan jam 12.17am

22/8/10

dilarang BERKARAOKE!

assalamualaikum...

1. 1st aku cam sdr da lame aku x berblogging yeh. sbb aku sgt bz. x..x. akux bz. tp aku BBS je. BUAT-BUAT SEBOK. aku kalo da balek je ke sarang aku nih.. mula la mls nak mnuleh.

2. al kisahnye ngan aku punye tajok di atas. aku pegi la bukak pose kat luar 17 ogos harituh. aku mkn RADIX chicken tuh. sodap jugak. sape kate org tempatan x leh nak buat fried chicken bagai nih..

3. ok..tutop cite ayam goreng! lpas je aku bebuka.. dah alang2 mmg x sempat nak balik kejar trawih.. aku bg la cadangan kat rakan dan sahabat. mari la kite berkaraoke.. ala.. bkn nak buat benda slh. saje nak melalak2 memandangkan presentation blambak.. release tensi kaedahnye..

4. bile sampai je depan tmpt KAROK tuh.. kiteorg tsenyum sokmo dlm gelap dlm kete tuh. dlm hati sekor2 aku rase mesti jrit YESSS kuat2. sbb ape?? sbb tmpt karok nih asal kiteorg dtg je mesti tutop..

5. sahabat ngan rakan masok dulu dlm tmpt karok tuh.. aku kan cool. so aku masok last. masa nak masok tuh aku terbaca sumthing atas kertas putih tetempek kat luar pintu.

6. " Bagi pelanggan beragama islam, anda dilarang masuk ketika berada di dalam bulan ramadhan." gini la lebih kureng ayat yg tertuleh atas kertas puteh double A tuh..

7. aku pelik la.. dlm hati kata.. patot la sunyi je tempat melalak nih.. aku tanya kat org jaga kaunter tuh.. "x leh masok ke bang?" bro tuh jawab.. "kalo jd pape t'jawab sendiri la."

8. karipap sardin jugak jwpn yg dia bg.. tp member die lg sorg cam mgalakkan kiteorg masok.. sbb die siap nak bg bilik yg ada sound BEST lg..

9. bile kami bebincang.. amek kata sepakat.. pikir baik buruk.. kiteorg kate x nak amek risiko.. mmg la nak ada rush tuh percentage x byk mana.. tp nak jd crite kot.. kalo nak kena kot?? segan eh kena cekop masa dok melalak. muka sekor2 mesti muka separa tekejot, separa menjerit tarek key tinggi. mesti mcm TAHI muka tersebut.

10. PERSOALANNYA : kalo dah org islam x leh masok bulan pose, nape yg bukak pusat karok tuh org islam?? nmpk trang beno le dieorg x gi trawih. aiii. DOUBLE STANDARD la tuh.

11. kenapa bulan pose je ada larangan gini?? bulan lain kemaen laki pompuan masok dok nyanyi bdua dlm gulap. tuh pon kalo nyanyi je.. TETTT. kiteorg gi sume sama jantina. jadi? knapa mase bln REJAB ke.. SYAABAN ke.. x de larangan n kuatkuasa yg mcm gini.

12. mmg ada baiknya org islam x leh masok bln pose. slh kami jgk. org dok tunggang tbalik semayang trawih.. amek berkat RAMADHAN.. kiteorg sebok nak mlalak2. ok. silap kami di situ. tp.. penguatkuasaan mcm nih x leh la dbuat bln posa je.. bln lain x pe ke laki pompuan bdua dlm gelap?? sama-sama lah kite renungkan..

- mencegah lebih baik dari mengubati. ada kena ngena x?? hehe. =p

RAPUAN JAM 10.38PM..

15/8/10

jack daniels & muka buku.

assalamualaikum..

1. same ade pasan or x.. ramai da pguna FB skang suke sgt2 bgamba ngan botoi air setan nih. ape yg best? ntah.

2. tp kalo tanye aku, selaku mlayu & islam nih.. kalo aku buat prangai gitu, aku akan gantong je diri aku sendirik kat tiang lampu jln tuh. sbb.. aku x malukan diri aku sendiri je. tapi yg paling penting muka MAK BAPAK aku mmg mcm kena conteng kapor sireh, kapor barus, kapor kaler hitam lg.

3. kalo yg bgamba tuh india ke, cina ke.. ok la. da mmg air tuh ade dlm pape upacara dieorg. nih malayu. islam. yg lg nmpk cam tahi, bile religious view kat FB tuleh plak ISLAM.

4. aku x taw la yg bgamba tuh minom ke x air setan tuh. kot la bgamba je saje nak tarek phatian. nak byk kan komen. tp ape la motif bgamba ngan botoi tuh? lawa ke? botoi pepsi blue lawo lg kot.

5. sedih kot kalo tgk org islam, melayu bperangai mcm gitu. siap bile org nasihat kate air tuh air setan, haram.. marah2 plak. katenye x gune duet mak bapak org lain. pehh.. best giler jwpn. kalo jawab depan tuhan esok gitu, agak2 kena panah petir x..

6. melayu zaman skrg. da x taw halal haram nye mknn tuh. nak kate buta x kan la buta perot sampai arak tuh haram pon x reti. kalo minom pon x payah le nak bangga2. siap snap 2,3 keping gambo buat knangan. sumpah selenge giler prangai gitu. BARU NAK UP.

7. kite x penah muda tuk buat dosa. tapi x penah tua tuk btaubat. moga2 allah bukak kan le pintu hati org2 yg berbangga giler babas ngan JACK DANIELS nih btobat. takot nnt tgh pose nak snap gamba ngan botoi air setan tuh tuhan tarek nyawa.. dah mati kering ngan botoi tuh. kot tuhan nak tnjk botoi tuh x leh lpas dr tgn pulak. hah. mati le ngan botoi2 tuh skali.

8. sempena RAMADAN yg mulia nih, aku doakan.. org2 gini diberi hidayah. jgnlah dekat2 ngan air kencing setan tuh lg. jgn lah pegi lg tmpt2 bawak bala gitu. yela.. nak dpt botoi tuh mesti le kena gi CLUBBING siot. aku sgt pecaye tempat yg x baik x kan mendatangkan benda yg baik.

- dulu ade sorang membe aku namenye tuttuuttuttt.. bangga diri plak mkn BABI. haha. aku x taw nape nak glak. muka cun skali mkn benda busuk. haha. sian. pape pon. aku doa2 la die da tobat skang sbb da lame pon aku x jumpe beliau.

rapuan jam 2.29am.

credit to ohartis for the pitca. =)


13/8/10

kesatuan ekspress menipu

assalamualaikum..

1. 1st aku nak mulakan blog aku ngan urot dada dulu. tenang, cool & comel. sbb kalo aku x buat gini, maybe blog aku jd ntah ape2 je kang.

2. harituh aku dr canglun,pekan tercanggih malaya nak balik ipoh. aku pon carilah tiket balik. pastu tiket aku beli pkl 2.30 ptg tarikh 10hb ogos. harga? RM 25.00 duet malaysia ek. bas cap ape?
KESATUAN EKSPRESS.

3. lepas dah 3 hari aku kat rumah aku yg aman damai nih, esok aku nak balik srg aku da.. sintok bumi hijau kaw2. tp skang da coklat sket sbb pbalakan.aku gi la medan gopeng nak beli tiket.

4. sbb x de bus lain yg pegi canglun pekan canggih, aku tpakse la jugak naik bas kesatuan tuh. die je the 1 and only pegi sampai hjg dunia tuh.. tarikh harini? 14hb dah. tapi aku beli tiket tuh 13hb ogos. harga tiket dr ipoh ke canglun? RM 35.00.
jenama bas? KESATUAN EKSPRESS.

5. selama aku dok naik bas gi aloq staq,kelumpo,sintok sume.. x penah lg aku jumpe bas yg sama,destinasi same tp harga tiket lain2. kalo lain 3 rengget ke leh la aku trima lg. maybe la nak buat duet minom kopi mase bebuka ke.. dok dlm kaunter pns gile so die nak paw sorg customer 2 rengget sorg ke.. xpe la jugak. ni lebihnye sampai 10 RENGGET??

6. fine! maybe ade yg kate. 10 rengget je. ape nak kecoh sgt. kalo sorg 10 rengget ok la. kalo shari 10 customer? buta2 100 ragok masok poket die ok. n as a student mmg 10 rengget sgt bnilai. mak pak aku x cap duet atas a4.

7. sape niaga x nak untung kan. tp kalo tipu customer kaw2 gitu, kenyang la mkn riba' kot. dah la tiket buruk. kertas murah je. tules pon pakai tgn je. pen 70sen je die guna. kalo bus lain, pakai kompiter dah weh. kesatuan tuh je ketinggalan. ye la. pakai tgn sng la nak edit harga tiket ske2 hati. ye x..

8. esok aku nak naik bas tuh balik canglun. so, aku jes nak doa kan pejalanan aku slamat. 1 hal lg, no seat kat tiket tuh saje hiasan. aku dah kene ngan bas nih dulu.. naik je bas dok ikot sedap ponggong. x payah ikot no. seat yg die bg.

- sistem bas kat ipoh lg 1 hal. bas tmbg negeri lain lawo2 smue. bas tambang ipoh..urm.. tunggu mase nak nyembah bumi.
tomorrow i will be back under ur arm.gudnite bebi. =)

rapuan jam 1.49am.

12/8/10

mama tolonglah!

assalamualaikum..

1. salam aku harini agak sugul kot bunyinye. aku sgt gersang skang. sila faham.

2. AKU NAK CAMERA DSLR ITU!!

3. aku minat giler kot potograpi2 nih. kalo aku amek gamba aku mesti nak angle gamba aku tuh cam cun sket & nmpk unik. tp sbb pakai henpon murah je.. gamba aku slalu nmpk bese2. suam2 je..
4. so.. aku smpn la cita2 nak beli camera puseng2 tuh. sbb mase aku nak camera tuh, aku x taw lg namenye ape. lame2 da nyembang2 baru aku taw name beliau DSLR.

5. sampai skang aku mharap lg kot nak pakai camera tuh. aku nak kiteorg punye holiday bln 11 nanti aku amek gamba die, the best shot ever. angan2 ler.. sayang. gamba awak tetap saye amek pakai LG fon saye. =( awak x kesah kan. walaupon ngan fon je, it is still YOU in that photo. still my bebi.

6. aku baru je lpas usha2 DSLR murah2 or aku leh byr secara ansuran. but then.. nak beli buku seratos pon aku x beli2.. nak byr bulan2 seratos lebih?? aku insaf.

7. better le aku ukur baju kat badan sendiri kan. aku x de DSLR pon bfo nih.. best je every holiday aku.. so..olyn.. lupakan DSLR mu. maybe tuhan nak bg aku rezeki lain kali.. =)

- aku penah amek gamba pakai fon sabun. NOKIA 6600. gamba aku n bebi kat sawah padi. gamba yg dpt pujian ramai. so.. it is still a nice picture even aku x pakai DSLR kan. yayyy!

rapuan jam 1.09am.

11/8/10

semerah chenta sitello

assalamualaikum..

1. menurut topik kat atas..aku sbenarnye nak tuleh pasai 1 filem ni. semerah cinta stileto. gini ke ejaan nye? hentam la kan. asalkan aku dpt nak nuleh pasai pilem yg dah lame tayang tp aku baru tgk nih.

2. aku saje2 le ambik pilem nih kat membe aku. smbl aku membaring2kan diri ngan bebi..aku rase nak layan plak cite nih..dr name pilemnye..mmg mengancam jiwa. plakon pon boleh thn. ke ade yg rase x leh tahan tgk hero ngan heroin die.. hot stuff abad ini. =)

3. aku x tau la ape komen2 pasal cite nih. sbb aku agak bz mase cite nih klua. bile aku gi amporium pon aku ade cite laen yg aku list kan wajib tgk sbelom cite nih. jadi, x dapek den nak nonton kat panggung smbl mkn popcorn 'potong kaki'. -manis siot!

4. mase aku layan cite ni aku x expect lebih2. expectation aku suam2 kuku je. sbb aku takot aku frust sbb cite x cam ape yg aku harapkan. tp kredit bleh aku bg kat pemilihan plakon die la. plakon yg kene ngan watak2 yg dieorg bwk. yg bapak nmpk cam bapak. kekadang cite mlayu yg bapak ngalahkan anak. 'raged' je. mudo plak tuh. pakai SK2 kot.

5. tp byk mende2 yg 'klise'.. mende2 yg dah bese sgt. rase cam ala.. xde lawak lain ke nak buat?
x lawok pom. x gelak pom. pompuan geram nak sepak muntut jantan.. pastuh nak nyepak org lain org lain yg kena. rase cam x best la scene tuh.

6. pastuh mase scene gado2 rebot customer kat pasa. alahaii.. apesal lu. scene yg kelam, yg bising giler.. aku x phm mende pon.

7. aku maybe ade mslh ngan cite yg nak buat lawok tp aku x rase lawok kot. lawak x payah buat hegeh2. x payah buat mimik muke yg smacam. cam mencacatkan plak muka yg hensem, muka yg lawa smata2 nak bg org glak. harith iskandar x yah buat muke susa pon aku glak je dgr lawak die. =D

8. maybe pilem mlayu kene buat anjakan paradigma sket kot. citer yg lebih matang. story line yg lebih kretip. aku still sapot pilem tempatan. cume kalo leh ditingkatkan mutu tuh lg best. x sabo nak tunggu pilem kite plak tayang kat hollywood ke, bollywood ke.. ENDONWOOD ke.

- teringat 1 citer mlayu yg aku ngan bebi gi tgk. pnonton x sampai 10 org. lpas 30 minit, smue kluar. gaga. tahniah kpd pilem tuh sbb bjaya cipta fenomena kluar awai & popcorn x habes gitu.

rapuan jam 2.01am.

sila lah baca!

assalamualaikum..

1. hari 1st puase. best. sbb semangat nak raya aku mmg kat tahap paling tinggi. i dunno why. sayang. puasa dan raya kite yg ke4.

2. puase aku kali ni aku hope sgt2 aku dpt lalui ngan sesempurna mungkin walaupon aku x layan 'sempurnakan harimu'. haha. tettt. pada yang berkenaan, die je la paham. =)

3. aku tekad nak buat blog secara konsisten. x nak hangat2 taik je.

4. pada semue umat islam x kire la kat mane, selamat menjalani ibadah pose. kot ade sape2 yang terbace la kan blog hangat taik aku ni.

5. pose aku rase best sbb skang aku kat rumah. hehe. berbuka ngan famili mmg best! tp tunggu la lg 3 hari kan. aku dah balik sarang aku, berbuka bedua je ngan bebi, urm.. urm.. urmmm.

6. x de ape nak kate dah utk topik ni. selamat bersahurlah semua ye. n bebi. gudnite!

- bulan pose thn 2000 bulan pose yg plg x leh blah. pose tanpa sorg mak. hebat dugaan tuhan. walaupon dah 10 kali pose berlalu, i still miss u ma..

rapuan jam 1.24am.